Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kerja-kerja pembaikan paip air di Jalan Dadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan orang ramai bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan dua paip air yang rosak disebabkan tanah susur di simpang 102, Jalan Dadap, sedang dilaksanakan.

    Oleh yang demikian, gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di kawasan Jalan Dadap, Kilanas serta sekitarnya sehingga kerja pembaikan selesai.

    Walau bagaimanapun, jabatan berkenaan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    Dalam kenyataan itu, JKR turut memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...