Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN – Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih 300 orang dan mencederakan ratusan dalam salah satu kemalangan kereta api paling maut di negara itu dalam beberapa dekad, kata pegawai, hari ini.

    Penyiasat sedang mencari kemungkinan punca di sebalik nahas pada malam Jumaat di daerah Balasore di timur negeri Odisha, termasuk sama ada kesilapan manusia atau kegagalan isyarat memainkan peranan.

    15 mayat ditemui pada petang kelmarin dan usaha diteruskan semalaman dengan kren berat digunakan untuk mengeluarkan enjin yang terduduk di atas kereta api.

    Tiada mayat ditemui di dalam enjin dan kerja-kerja siap pada pagi hari ini, kata Sudhanshu Sarangi, ketua pengarah bomba dan perkhidmatan kecemasan di Odisha. – AP

    Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa di tapak kereta api penumpang yang tergelincir di daerah Balasore, di negeri Orissa, India timur, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...