Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Kerja pemasangan kabel di Jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai kerja-kerja pemasangan kabel 66kV di sepanjang Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (SHOAS) secara berperingkat iaitu hala Brunei Muara di KMBM 14.4-NM 10.2, KMBM10.2 – BM6.2 dan KM BM6.2 – BM2.2.

    JKR dalam kenyataannya menyatakan bahawa lencongan peringkat pertama bermula hari ini hingga 14 Oktober, lencongan peringkat kedua bermula pada 15 Oktober hingga 13 November dan lencongan peringkat ketiga bermula pada 14 November hingga 13 Disember dengan kerja-kerja pemasangan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Sehubungan itu, jabatan tersebut menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pemasangan kabel 66kV di Jambatan SHOAS secara berperingkat. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...