Kerja pembaikan di sebahagian Lebuhraya Lumut-Belait

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di sebahagian jalan di Lebuhraya Lumut-Belait bagi kerja-kerja pembaikan dan melapis semula aspal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan akan bermula esok hingga 10 November dari 8 pagi hingga 5:30 petang.

Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan para pengguna lebuh raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 atau e-mel pro@pwd.gov.bn.