Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Kerja pembersihan dinding parapet Jambatan SHOAS hingga 6 Sept

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai kerja-kerja pembersihan dinding parapet Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (SHOAS) bermula kelmarin hingga 6 September.

    JKR menyatakan bahawa kerja-kerja pembersihan dari pukul 5 petang hingga kerja-kerja selesai berkenaan adalah di Jambatan SHOAS KMM26.5-BM15.5 hala Brunei dan Muara.

    Jabatan itu menyatakan bahawa jalan lencongan telah disediakan dan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi hal laju yang dibenarkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Rajah menunjukkan lokasi kerja pembersihan dinding parapet Jambatan SHOAS sehingga 6 September. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea U ikrar tindak balas tegas terhadap laporan Pentagon

    SEOUL, 4 OKT - Korea Utara mengecam Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan Pentagon, baru-baru ini yang menggelarkannya sebagai ancaman berterusan kerana senjata pemusnah besar-besaran...