Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Kerja penyelenggaraan di Jejambat Meragang

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Meragang, Lebuh raya Muara-Tutong bermula esok hingga 24 September.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat itu dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Gambar menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Meragang, Lebuh raya Muara-Tutong. – Gambar oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...