Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kerjasama ADB, Singapura promosi pelaburan di APAC

    JAKARTA, 17 JULAI – Bank Pembangunan Asia (ADB) telah berganding bahu dengan Singapura untuk menggalakkan pelaburan yang lebih besar di rantau Asia Pasifik (APAC) dan mengiktiraf kepentingan kewangan sektor swasta selain memangkin sumber sektor awam untuk pembangunan yang mampan dan inklusif.

    Presiden ADB, Masatsugu Asakawa dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 di Bali, Indonesia pada 14 Julai.

    “Melalui MoU ini, ADB dan Singapura akan terus bekerjasama untuk menyokong projek-projek pembangunan sektor swasta yang menyumbang kepada keperluan infrastruktur, kewangan dan sosial di rantau ini, serta membantu negara mencapai komitmen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” kata Asakawa dalam satu kenyataan hari ini.

    MoU itu menggantikan MoU 2012 antara ADB dan Singapura mengenai meningkatkan perkongsian pengetahuan dan kerjasama dalam tadbir urus dan dasar awam, pembangunan sektor swasta serta perubahan iklim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...