Kerjasama bersepadu penting tangani COVID-19

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menekankan pentingnya kerjasama dan tindakan bersepadu untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Dato menekan-kan perkara itu dalam mesej video pada Pleno Khas Sesi Menteri-menteri Perdagangan ASEAN bagi Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekspo Indo-ASEAN yang berlangsung pada 8 Oktober lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini, acara itu dianjurkan secara maya oleh Confederation of Indian Industry (CII) dengan sokongan Kementerian Hal Ehwal Luar, India.

Pada acara itu, Yang Berhormat Dato turut mengetengahkan bahawa walaupun pandemik COVID-19 sedang berte-rusan, India terus menjadi salah satu rakan perdagangan terbesar ASEAN dan sumber pelaburan langsung asing (FDI).

Manakala itu, secara dua hala di antara Brunei dan India, Yang Berhormat Dato menyentuh mengenai hubungan ekonomi yang stabil antara kedua-dua buah negara di mana pada 2020, India merupakan rakan perdagangan ke-6 terbesar Brunei dan berharap untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan melalui langkah-langkah penerokaan yang akan membantu memudahkan eksport.

Yang Berhormat Dato juga mengalu-alukan pelaburan dalam lima bidang keutamaan bagi Brunei iaitu makanan, pelancongan, perkhidmatan, ICT serta sektor hiliran minyak dan gas.

Beliau turut menyatakan potensi bagi meneroka kolaborasi dalam produk farmasi bagi pasaran domestik dan serantau yang bukan sahaja merangkumi mendapatkan sumber bahan mentah dari India tetapi juga pemerolehan teknologi dan juga R&D untuk memba-ngunkan industri farmaseutikal Negara Brunei Darussalam.

Kenyataan menyatakan bahawa Yang Berhormat Dato telah dijemput sebagai tetamu kehormat pada acara itu oleh Menteri Perdagangan dan Industri, Tekstil dan Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengedaran Awam, India, Tuan Yang Terutama Piyush Goyal.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan mesej video semasa Pleno Khas Sesi Menteri-menteri Perdagangan ASEAN bagi Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekspo Indo-ASEAN yang berlangsung pada 8 Oktober lalu. – Gambar serahan MOFE