Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama Brunei-China diperkukuh

     

    BEIJING, 13 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping mengadakan rundingan yang komprehensif mengenai hubungan dua hala Brunei-China yang merangkumi kerjasama ekonomi, kesalinghubungan, pertukaran-pertukaran di peringkat rakyat, pendidikan dan pertahanan.

    Semasa pertemuan dua hala itu yang berlangsung Eastern Plaza, Great Wall of the People, Beijing, Baginda juga mengesahkan lagi komitmen Negara Brunei Darussalam dalam mendokong dasar One-China.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Presiden Xi juga bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan serantau. Baginda menghargai sumbangan-sumbangan China dalam mengekalkan keamanan, kemakmuran dan kemajuan global.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda