Saturday, August 20, 2022
23.2 C
Brunei

Kerjasama dua hala dalam sektor pertanian, perikanan

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Mesyuarat Kedua Kumpulan Kerja Bersama (JWG) bagi Kerjasama Agrimakanan antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), hari ini, bagi membincangkan cadangan dalam bidang kerjasama pertanian dan sektor perikanan, perkongsian maklumat mengenai pensijilan kepada ladang akuakultur dan kerjasama potensi lain di bidang penyelidikan dan pembangunan.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab dan Setiausaha Tetap (Pembangunan), Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI), Republik Singapura, Lee Chuan Teck.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah timbalan setiausaha tetap di KSSUP dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan, wakil Republik Singapura termasuk dari MTI, Perusahaan Singapura, dan Pihak Berkuasa Makanan Singapura.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, JWG adalah platform untuk meningkatkan kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam bidang kemudahan pelaburan antara kedua-dua negara sektor pertanian dan perikanan, kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkat keluaran dan produktiviti.

Hajah Tutiaty semasa menghadiri mesyuarat tersebut.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -