Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Kerjasama ekonomi Indonesia, Malaysia terus berkembang

    LABUAN, 12 NOV – Kerjasama ekonomi antara Indonesia dan Malaysia terus berkembang, melambangkan hubungan dua hala yang kukuh dengan ketara, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.

    Beliau berkata nilai perdagangan dua hala antara Indonesia dan Malaysia pada 2022 berjumlah AS$28.5 bilion.

    Bagaimanapun, Hermono berkata beliau bimbang angka ini mungkin merosot dengan ketara sebanyak 20 hingga 30 peratus disebabkan kejatuhan harga komoditi yang ketara, terutamanya arang batu, eksport terbesar Indonesia ke Malaysia, diikuti minyak sawit mentah.

    “Kami menjangka pengurangan kira-kira AS$7 bilion dari segi nilai perdagangan dengan Malaysia pada tahun ini.

    “Sehingga September 2023, nilai perdagangan yang dicatatkan sebanyak AS$17.5 bilion dan dianggarkan untuk mencecah kira-kira AS$22 bilion pada akhir tahun,” katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Agung Konsulat Indonesia di Hotel Tiara Labuan di sini hari ini.

    Beliau berkata walaupun terdapat cabaran dalam sektor perdagangan, industri pelancongan dilihat berkembang maju.

    “Malaysia mendahului dari segi jumlah pengunjung ke Indonesia, mengatasi China, India dan Singapura.

    “Selepas COVID-19, Indonesia mencatatkan lonjakan pelancong Malaysia, mencecah kira-kira 700,000, sama seperti jumlah pelancong Indonesia yang melawat Malaysia.

    “Sebelum pandemik, Malaysia menyumbang kira-kira 2.5 juta pelancong ke Indonesia setahun,” katanya. – Bernama

    Hermono semasa ditemu bual oleh Bernama selepas Mesyuarat Agung Konsulat Indonesia di Hotel Tiara Labuan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...