Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kerjasama erat teras keselamatan S’wak

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Jalinan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak merupakan teras dalam usaha sama memelihara keselamatan rakyat di negeri itu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Justeru, beliau berkata kerajaan Per-sekutuan akan terus meningkatkan lagi keupayaan aset dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri itu dari semasa ke semasa.

    “Di pihak kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertahanan, saya ulangi komitmen bahawa atur gerak aset dan anggota ATM akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

    “Ia termasuklah bagi memperkukuh keselamatan di sempadan. Terima kasih Premier dan kerajaan negeri Sarawak,” katanya dalam hantaran di laman rasmi Facebooknya hari ini selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Sementara itu, menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak di laman Facebook rasminya, kunjungan hormat Hishammuddin ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia itu bertujuan membincangkan perkara berkaitan usaha sama dalam memelihara keselamatan rakyat dan negeri Sarawak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...