BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd (Sabre TN Brunei) dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Malaysia Airlines, Singapore Airlines dan Ranoadidas.com telah melancarkan Sabre 2018 Sizzling Fare Promotion yang akan berjalan selama lapan hari, bermula hari ini.
Menurut kenyataan Sabre, tambang-tambang menarik ke destinasi-destinasi yang ditawarkan oleh RB, Malaysia Airlines dan Singapore Airlines boleh didapati dari salah satu daripada 24 lokasi 15 ejen pelancongan yang ikut serta.
Pengurus Besar Sabre TN Brunei, Irene Soon menjelaskan, semasa promosi berkenaan, orang ramai boleh memilih pelbagai tambang menarik ke destinasi-destinasi kegemaran malah berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan termasuk dua tiket penerbangan pergi balik ke Hong Kong menerusi Singapura, GoPro Hero5 dan televisyen 52 inci.
“Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kami, RB, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Ranoadidas dan ejen-ejen pelancongan lain atas sokongan dan penyertaan mereka dalam promosi ini,” beliau dipetik sebagai berkata.
Ejen-ejen pelancongan yang menyertai promosi berkenaan termasuk Anthony Tours & Travel Agency, At-Taqwa Travel Tours, Century Travel Centre, Continental Yachting, Darussalam Holdings, Freme Travel Services, Grace Travel Agency, Halim Tours & Travel, JJ Tour Service, Ken Travel & Trading, Pan Bright Travel Service, PJ Majestic Tours, Mas Sugara Travel Services, Southern Cross Travel Agencies dan Straits Central Agencies.