Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kerjasama pelaburan China, Indonesia beri manfaat

    BEIJING, 15 NOV – Pelaburan dari China dijangka akan memangkin ekonomi Indonesia untuk terus berkembang ke tahap lebih tinggi, kata Direktor PT Kereta Laju Indonesia China (KCIC) Dwiyana Slamet Riyadi.

    Dwiyana berkata, ia diunjur akan turut membawa kesan berganda kepada pembangunan negara-negara ASEAN.

    Baru-baru ini, pemeriksaan keseluruhan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya diselesaikan selepas ujian sistem elektrik dilaksanakan.

    Dengan kelajuan operasi mencecah sehingga 350 kilometer sejam, laluan itu akan memendekkan masa perjalanan di antara dua bandar terbabit kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.

    Projek HSR Jakarta-Bandung bukan sekadar membantu menaik taraf piawaian pembinaan infrastruktur tempatan, malah menjadi penggerak baharu bagi pembangunan sosioekonomi Indonesia.

    China kekal sebagai rakan dagang terbesar Indonesia selama sembilan tahun berturut-turut dan menjadi destinasi eksport terbesar bagi negara itu selama enam tahun berturut-turut.

    Jumlah dagangan antara kedua-dua negara melebihi AS$120 bilion pada tahun lepas, meningkat 58.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China turut menjadi sumber modal asing ketiga terbesar bagi Indonesia hasil lonjakan pelaburan dalam sektor prasarana, penaiktarafan perindustrian, ekonomi digital dan lain-lain. – Bernama

    Presiden China Xi Jinping (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo ketika beliau tiba untuk sidang kemuncak G20 di Nusa Dua, Bali kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...