Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kerjasama pelihara Sungai Jordan

    BAITULMAQDIS, 18 NOV – Israel dan Jordan menandatangani deklarasi semalam pada persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memelihara dan melindungi bersama Sungai Jordan – jalan air yang hampir kering disebabkan perubahan iklim, pencemaran dan ancaman lain.

    Perjanjian itu, dimeterai pada COP27 di Sharm el-Sheikh, Mesir, di mana pemimpin dunia membincang cara-cara untuk mengurangkan kesan akibat perubahan iklim, menandakan langkah permulaan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara itu.

    Pelan yang diumumkan semalam tidak menyatakan butir-butir terperinci, hanya berkata Israel dan Jordan berjanji akan mengurangkan pencemaran sungai dengan membina loji rawatan air buangan dan mempertingkat sistem pembetungan bertujuan menghalang bandar di tepi sungai itu membuang kumbahan ke dalam air, menurut satu kenyataan dari kerajaan Israel.

    Kedua-dua negara juga berhasrat mempromosi pertanian mampan, mengawal lebihan dari ladang dan mengurangkan penggunaan racun perosak, tanpa memberikan butiran lanjut. – AP

    Pelancong bersiar-siar di Sungai Jordan berdekatan Kibbutz Kinneret di utara Israel pada 30 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...