Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kerjasama strategik Brunei-China tambah kukuh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Meskipun pendemik COVID-19 jelas membawa kesukaran kepada pertukaran dua hala, Perkongsian Koperasi Strategik China-Brunei menunjukkan momentum pembangunan kukuh.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong seterusnya berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala telah berkembang walaupun berdepan masalah, dengan kerjasama Inisiatif Jalur dan Jalan membuahkan hasil di mana kerjasama tersebut meningkatkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

    Puan Yang Terutama menekankan perkara itu semasa perjumpaan bersama pengamal media yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, malam tadi, yang diadakan bertepatan perayaan pertengahan musim luruh tidak lama lagi.

    Menyentuh mengenai hubungan China dan ASEAN, Puan Yang Terutama menyatakan selama lebih setengah tahun, kerjasama China-ASEAN dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dan perkongsian strategik yang komprehensif telah bermula dengan baik.

    “Pada pertengahan Julai, semasa lawatan ke Sekretariat ASEAN, ahli Majlis Negara dan Menteri Luar Negara, Tuan Yang Terutama Wang Yi mencadangkan China akan meningkatkan hubungannya dengan ASEAN dalam lima arah utama iaitu terus menyokong Kepusatan ASEAN dan menggalakkan perpaduan dan kerjasama di rantau ini; menyeru untuk menyelesaikan perbezaan dengan cara Asia dan menegakkan keamanan dan kestabilan serantau; meneruskan dengan tegas strategi terbuka untuk pembangunan bagi menggalakkan integrasi ekonomi serantau; memajukan kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi untuk merangsang pemacu pembangunan baharu di rantau ini; serta meneruskan nilai-nilai Asia dan mengeratkan ikatan persahabatan di kalangan rakyat.

    Di akhir ucapannya, Puan Yang Terutama turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media dan menzahirkan pihaknya bersedia bekerjasama dengan Brunei untuk meningkatkan lagi pertukaran peringkat tinggi, memperdalam kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan mengukuhkan pertukaran rakyat dengan rakyat dan budaya, untuk menggalakkan pembangunan hubungan dua hala dan persahabatan yang berterusan antara China dan Brunei.

    PYT Yu Hong semasa menyampaikan ucapannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...