Kerjasama sumbang 100 katil, tilam kepada Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Hotel V Plaza Brunei dengan kerjasama Massutera Engineering Sdn Bhd (MESB) menyumbangkan 100 katil termasuk tilam yang telah dihantar ke pusat sumbangan Kementerian Kesihatan di Kompleks Sukan Menglait.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, sumbangan berkenaan adalah sebagai sokongan hotel dan syarikat berkenaan terhadap usaha kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan dalam membendung penularan COVID-19 di negara ini.

Kenyataan menyatakan, kerjasama sumbangan itu juga disokong oleh FortyTwo Pte Ltd yang menyumbangkan tilam-tilam, MOC Sdn Bhd memberikan sokongan logistik dan pengangkutan manakala itu, perkhidmatan penghantaran oleh Bintang Mas Shipping Pte Ltd, syarikat berpangkalan di Singapura.

Pekerja mengangkat tilam-tilam yang hendak disumbangkan. – Gambar serahan MESB