Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kerjasama terap konsep perpaduan dalam sukan, belia

    KUCHING, 9 JAN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi menerapkan nilai serta konsep perpaduan dalam pembangunan industri sukan dan komuniti belia.

    Menterinya, Hannah Yeoh berkata beliau akan berbincang lanjut mengenai perkara itu dengan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada pertemuan di Putrajaya yang dijadualkan pada 16 Januari ini.

    “Konsep perpaduan dan multiculturalism (faham pelbagai budaya) yang wujud di Sarawak sangat kuat dan kementerian mahu melihat bagaimana idea ini boleh diterapkan dalam membangunkan sukan dan belia di Malaysia.

    “Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berkongsi idea dan pandangan mereka (kerajaan negeri) mengenai konsep berkenaan. Idea beliau akan kami bawa ke Putrajaya untuk dibincangkan bersama,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

    Yeoh berkata dalam pertemuan selama satu jam itu, Abang Johari menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan idea berkenaan.

    Dalam pada itu, Yeoh berkata bagi mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau akan meluangkan masa melawat Sabah atau Sarawak sebulan sekali untuk meneliti aspek sukan dan belia kedua-dua negeri itu. – Bernama

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...