Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kerjasama tingkatkan dasar persaingan

    Oleh Sim Y. H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam (CCBD), Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, yang juga pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Agensi Persaingan ASEAN (AHCA) bagi 2022 telah mempengerusikan AHCA ke-3 yang berlangsung secara dalam talian pada 17 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh CCBD di sini, hari ini, Dayang Nik Hafimi dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan tahniah kepada AHCA, ASEAN Experts Group on Competition (AEGC) dan Sekretariat ASEAN atas kejayaan dalam pembangunan Prinsip Panduan untuk Rundingan Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Persaingan (AFAC), yang menjadi asas bagi pe-lancaran rundingan perjanjian berkenaan.

    Beliau menyatakan pelancaran rundingan pada Ogos 2022 mengesahkan komitmen ASEAN untuk membangun dan menyatukan strategi serantau ke arah persekitaran perniagaan yang adil, dinamik, inovatif dan berdaya saing.

    Mesyuarat itu membincangkan langkah-langkah yang akan diambil bagi rundingan AFAC yang bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan penglibatan rentas sempadan antara agensi persaingan, kemasukan dasar persaingan dalam dasar ekonomi domestik dan serantau serta meningkatkan penguatkuasaan persaingan serantau.

    Semasa mesyuarat, ketua-ketua turut mengambil maklum mengenai pengesahan Kenyataan Bersama AHCA berkenaan dengan mengekalkan Dasar Persaingan dalam konteks Pemulihan Ekonomi. Kenyataan Bersama berkenaan boleh diakses melalui laman sesawang AEGC di www.asean-competition.org.

    Kenyataan bersama juga menggariskan kepentingan dasar persaingan dalam mendukung pemulihan ekonomi dan mengambil maklum mengenai kepentingan penglibatan kerajaan yang lebih rapat dalam memudahkan pemulihan ekonomi. Mesyuarat turut membincangkan mengenai kemajuan dan perkembangan kerjasama serantau mengenai dasar dan perundangan persaingan ASEAN termasuk pelaksanaan Pencapaian-pencapaian Utama AEGC bagi 2022 iaitu Buku Panduan Penyiasatan ASEAN mengenai Dasar dan Perundangan Persaingan di dalam Ekonomi Digital serta Garis Panduan Perkongsian Kes Penggabungan.

    Mesyuarat AHCA diteruskan dengan Mesyuarat AEGC ke-29 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang turut diadakan secara dalam talian pada 17 hingga 21 Oktober.

    Dayang Nik Hafimi semasa mempengerusikan Mesyuarat AHCA ke-3 yang berlangsung secara maya baru-baru ini. – Gambar serahan CCBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...