Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kerjasama UK-Brunei tangani perubahan iklim

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Dengan matlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom (UK) bagi menangani perubahan iklim, Duta Serantau UK bagi COP26, Ken O’Flaherty (gambar bawah) akan mengadakan lawatan ke negara ini bermula esok hingga 26 Oktober.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini, O’Flaherty akan mengambil bahagian dalam Dialog Perubahan Iklim UK-Brunei yang dipersetujui semasa Dialog Strategik UK-Brunei yang pertama di UK pada Disember 2021.

    Semasa lawatannya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan para menteri, Majlis Perubahan Iklim Brunei dan Sekretariat Perubahan Iklim Brunei, organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO), pemimpin perniagaan dan pakar-pakar industri untuk membincangkan perkembangan berhubung komitmen serta ikrar yang dibuat semasa COP26, keutamaan COP27 yang akan datang pada November nanti serta bidang-bidang kerjasama lanjut antara UK dan Brunei.

    Mengulas mengenai lawatannya ke Brunei, O’Flaherty menyatakan perasaan teruja bagi lawatan pertamanya ke Brunei serta ingin bertemu dengan majlis serta Sekretariat Perubahan Iklim Brunei dan juga masyarakat luas. Berikutan dengan UK sebagai presiden COP26, beliau menyatakan bahawa mereka ingin bekerjasama dengan lebih erat dan mengadakan kolaborasi dengan negara-negara lain untuk menyampaikan komitmen yang telah dibuat semasa COP26.

    “Saya gembira Brunei telah mengumumkan bahawa ia komited kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” kata beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...