Sunday, September 8, 2024
34.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerosakan brek pesawat paksa penutupan landasan

    TOKYO, 12 OGOS – Asap putih dilaporkan ketika sebuah pesawat mendarat di Lapangan Terbang Narita, Jepun menyebabkan landasan ditutup pada pagi tadi, tetapi syarikat penerbangan itu kemudian menyalahkan brek yang rosak.

    Jentera bomba dan ambulans telah bergegas ke tempat kejadian selepas asap dilaporkan datang dari pesawat Singapore Airlines yang tiba, walaupun anggota kecemasan tidak menemui tanda-tanda kebakaran dan tiada siapa yang cedera.

    Singapore Airlines kemudian menjelaskan bahawa penerbangan itu “mengalami masalah teknikal dengan breknya semasa mendarat”.

    “Pasukan kejuruteraan darat syarikat menyelesaikan isu teknikal dan menggantikan salah satu tayar pada pesawat Boeing 787-10,” kata syarikat penerbangan itu. Seorang pegawai lapangan terbang memberitahu AFP bahawa kepingan tayar pesawat itu ditemui di landasan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda