Kerosakan sistem komputer kastam AS punca ribuan terjejas

WASHINGTON, 3 Jan – Kerosakan sistem komputer perkhidmatan kastam di seluruh negara AS telah mengakibatkan beribu-ribu penumpang berbaris panjang di lapangan terbang menanti kebenaran untuk rasmi memasuki negara itu, menurut pihak berkuasa dan media Amerika Syarikat (AS) semalam.

“Perlindungan Sempadan dan Kastam mengalami kerosakan seluruh negara. Menjangkakan kelambatan dalam memproses penumpang sehingga sistem dikembalikan,” lapangan terbang Ford Lauderdale, pusat utama AS dan Caribbean berkata di Twitter.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Sempadan dan Kastam memberitahu NBC News bahawa berlaku gangguan di beberapa buah lapangan terbang dan ‘tindakan segera diambil untuk menangani gangguan teknologi.”

Selepas beberapa jam dilanda masalah kerosakan telah dibaiki.

“Semua lapangan terbang kembali teratur selepas kerosakan sementara sistem pemprosesan CPB. Tidak ada indikasi bahawa gangguan itu adalah gangguan jahat, ” Pihak Kastam berkata di Twitter.

Kerosakan sistem komputer Kastam mengakibatkan beribu-ribu pelancong terpaksa menunggu dan berbaris panjang. – AFP
Kerosakan sistem komputer Kastam mengakibatkan beribu-ribu pelancong terpaksa menunggu dan berbaris panjang. – AFP

Namun itu tidak mencukupi bagi beribu-ribu penumpang yang keletihan dan meragam yang tiba di pagar AS tetapi kemudian berbaris panjang dalam keadaan ketidakpastian perjalanan mereka, tidak dapat mendapat kebenaran kastam.

Seorang pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Miami memberitahu NBC bahawa para penumpang yang berada di ‘lebih 30 penerbangan antarabangsa telah terjejas’ dan seorang yang membuat perjalanan memberitahu gabungan sama bahawa dua orang jatuh pengsan ketika menanti dalam barisan.

“Orang ramai mula berbalah dan kecewa,” Cali Rez berkata dalam Twitter di Miami. “Hantar seseorang ke mari untuk memberikan penjelasan dan mengaturkan barisan secepat boleh.” – AFP