Kerra Coconut Spread kini di Brunei

Oleh James Kon

BELAIT, 4 OGOS – Untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan bagi pilihan sapuan roti yang lebih sihat, SP Setia Sdn Bhd telah membawakan Kerra Coconut Spread ke
negara ini.

Kerra Coconut Spread yang terdapat dalam dua perisa iaitu asli dan Salted Caramel, kini boleh didapati di kedai-kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara.

Disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerra Coconut Spread mempunyai rasa yang manis dan kelapa. Teksturnya yang lembut dan penuh berkrim diperbuat daripada isi kelapa dan dicampurkan bersama susu tanpa lemak, lemak sayur, gula, sitrik, vitamin E dan bahan-bahan lain.

Produk kelapa bukan sahaja makanan tanpa kolesterol dan tanpa lemak trans, malah ia juga merupakan makanan baik yang mengandungi lemak sihat yang mencegah obesiti, menyumbang kepada kesihatan otak dan jantung, meningkatkan imuniti dan memperbaiki penghadaman.

Di samping rasanya yang sedap, sapuan ini juga merupakan sumber serat yang baik bagi badan dan sesuai bagi vegan. Ia bebas soya, tanpa kacang, tiada perasa dan pewarna artifisial serta tiada GMO dan telur.

Selain Brunei, Kerra Coconut Spread juga telah memasuki pasaran Singapura, Hong Kong, Nigeria, Korea Selatan dan Malaysia. Varian pandan dijangka akan memasuki pasaran pada suku keempat tahun ini.

Kerra Coconut Spread telah dicalonkan dalam beberapa pameran makanan antarabangsa bagi inovasi produk di pameran inovasi Anuga Taste 2017, finalis Anugerah Inovasi Makanan Dunia 2019, Gulfood serta pilihan inovasi SIAL Paris pada 2018 dan 2019.

Kerra Coconut Spread dihasilkan oleh S&P Industries di Malaysia dan syarikat berkenaan komited dalam mengeluarkan produk berkualiti dan menginovasi produk baharu bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kerra Coconut Spread perisa asli dan Salted Caramel yang kini boleh didapati di pasaran Brunei.