Kerry adakan kunjungan ke Shanghai

SHANGHAI, 14 APRIL – Utusan cuaca Amerika Syarikat (AS), John Kerry dijangka tiba di China hari ini dalam apa yang Beijing katakan akan menjadi kunjungan empat hari, ketika dua negara itu berusaha memeterai kerjasama berhubung alam sekitar.

Dalam lawatan pertama pegawai pentadbiran Biden ke China itu, bekas setiausaha negara itu akan mengunjungi Shanghai sebelum berkunjung ke bandar Korea Selatan, Seoul.

Lawatannya muncul sebagai persediaan bagi sidang kemuncak iklim maya Presiden Joe Biden minggu hadapan, yang mana pemimpin AS telah mengundang Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. – AFP