Kerry harap lebih banyak kerjasama AS-China

SINGAPURA, 19 NOV – Utusan iklim Amerika Syarikat (AS), John Kerry hari ini melahirkan harapan Beijing dan Washington akan bekerjasama lebih rapat bagi kecemasan iklim selepas mereka menandatangani perjanjian untuk mempercepatkan tindakan memerangi pencemaran gas rumah hijau.

Bercakap pada satu forum di Singapura, bekas setiausaha negara AS itu menekankan kerjasama itu – meskipun ketika kedua-dua negara bertikai dalam isu-isu seperti Taiwan.

“Saya berharap kerjasama kami ini akan mempertingkatkan perkongsian data, pilihan dan mula membabitkan kami dalam dialog penting bersama kedua-dua pemimpin tertinggi,” katanya pada Forum Ekonomi Baharu Bloomberg.

“China bersetuju bekerja bersama kami untuk membentangkan satu cita-cita tinggi – ya itulah perkataannya – pelan tindakan nasional bercita-cita tinggi, dengan China mesti menyerahkan dan memulakan tindakan sehingga COP27, setahun daripada sekarang,” tambahnya. – AFP