Kerry jelajah Vietnam

HANOI, 13 Jan – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memulakan jelajah perpisahan di Vietnam hari ini, dengan memberikan tekanan terakhir yang digelar paksi Asia Washington sebelum bakal presiden, Donald Trump mengambil alih jawatan presiden minggu depan.

Vietnam telah menjadi tumpuan Asia bagi Presiden Barack Obama yang bakal meninggalkan jawatannya, dengan telah menyaksikan penarikan balik sekatan perdagangan senjata era perang, pertumbuhan besar dalam perdagangan dan penandatanganan perjanjian perdagangan besar Perkongsian Rentas Pasifik (TPP).

Trump, yang kecamannya terhadap kos globalisasi ke atas para pekerja Amerika telah membantu membawanya menyandang jawatan presiden, telah berikrar akan membatalkan TPP pada hari pertama beliau memegang jawatannya itu.

Namun para penganalisis berkata hubungan tidak mungkin terjejas meskipun ketidakpastian berhubung strategi Asia pemimpin itu.

Lawatan Kerry ke Vietnam, lawatan keempatnya ke negara komunis itu sebagai diplomat tertinggi Amerika adalah lawatan peribadi dan politik.

John Kerry (kiri) berjalan di samping Presiden Universiti Pendidikan dan Teknologi Ho Chi Minh, Do Van Dung sebelum memberi ucapan di universiti berkenaan pada 13 Januari. – AFP
John Kerry (kiri) berjalan di samping Presiden Universiti Pendidikan dan Teknologi Ho Chi Minh, Do Van Dung sebelum memberi ucapan di universiti berkenaan pada 13 Januari. – AFP

Bekas pegawai tentera laut pernah memenangi Silver Star bagi perkhidmatannya ketika Perang Vietnam selepas mendamparkan bot perondanya dan menyerang pesisir untuk menembak mati penyerang hendap Viet Cong di wilayah Ca Mahu pada tahun 1969.

Kerry kemudian menyifatkan peperangan sebagai satu kesilapan dan selepas pulang dari pertempuran, dia berkempen bagi perdamaian.

“Saya gembira dapat kembali semula ke Vietnam yang mana kami masih mengembangkan hubungan yang berkembang,” Kerry berkata ketika pertemuan hari ini dengan pemangku menteri luar Bui Thanh Son dan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phue.

“Terlalu banyak langkah ke hadapan tetapi masih terdapat beberapa cabaran seperti yang kamu ketahui,” katanya selepas seorang pemberita mengajukan pertanyaan kepadanya tentang rekod hak asasi kemanusiaan yang tidak jelas.

Negara komunis sering kali memenjarakan penentang-penentang dan pengkritik kerajaan.

Selepas pertemuan rasmi di Hanoi, Kerry berlepas ke Bandar Ho Chi Minh lewat hari ini.

Esok (Sabtu), dia akan mengunjungi sungai Bay Hap di Ca Mahu untuk meninjau semula tapak yang pernah diserbu pada 1969. – AFP