Kerugian AS$1 bilion kerana kemelut Evergrande

HONG KONG, 20 SEPT – Bos pemaju hartanah berpangkalan di Shanghai kerugian lebih daripada satu bilion dolar hari ini, ketika kebimbangan mengenai kemungkinan syarikat hartanah gergasi China Evergrande jatuh muflis mencetuskan panik di seluruh ruang niaga Hong Kong.

Zhang Yuanlin, pengerusi Sinic Holdings Group, melihat kekayaannya merosot daripada AS$1.3 bilion pagi ini kepada AS$250.7 juta pada tengah hari, menurut Forbes, apabila firmanya terpaksa menghentikan perniagaan di Hong Kong berikutan kemerosotan 87 peratus dalam harga sahamnya.

Zhang dipaparkan dalam senarai orang terkaya dunia Billionaires Forbes pada tahun ini dan memperoleh kekayaannya dalam pangsapuri pencakar langit, kini berdepan ancaman disebabkan desas-desus mengatakan syarikat hartanah China Evergrande berkemungkinan jatuh muflis mencetuskan panik.

Sinic melihat penjualan mendadak dan pertambahan besar dalam jumlah perniagaan sahamnya beberapa jam sebelum digantung, yang berlaku beberapa minggu sebelum ia diwajibkan membayar 9.5 peratus daripada AS$246 juta bon yang dijangka matang pada 18 Oktober, menurut Bloomberg.

Jurucakap Sinic enggan membalas permintaan AFP untuk komen.

Firma itu adalah salah satu yang melihat kekayaannya terjejas teruk disebabkan kebimbangan pelabur bahawa Evergrande, salah sebuah firma pemaju hartanah terbesar di China, gagal membayar bayaran faedah pada minggu ini ketika ia dibelenggu hutang berjumlah lebih daripada AS$300 bilion.

Krisis itu telah mencetuskan bantahan luar biasa di luar pejabat syarikat oleh pelabur dan pembekal yang menuntut wang mereka – ada di antara mereka mendakwa mereka mempunyai hutang AS$1 juta. – AFP

Gambar udara pada 17 September menunjukkan kompleks perumahan oleh pemaju hartanah China Evergrande di Huaian di timur wilayah Jiangsu, China. – AFP