Kerugian bersih MSM susut RM21.55 Juta

KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Kerugian bersih MSM Malaysia Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2020 (Suku Kedua 2020) menyusut kepada RM21.55 juta daripada RM67.33 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Hasil susut lima peratus kepada RM448.74 juta daripada RM474.22 juta disebabkan penurunan kuantiti yang dijual bagi segmen borong berbanding suku yang sama tahun lepas.

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kerugian rendah dalam suku semasa itu adalah disebabkan oleh keseluruhan margin yang tinggi sebanyak 3.8 peratus dan kos kewangan rendah yang ditanggung dalam suku tersebut berbanding suku yang sama tahun lepas. – Bernama