Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerusi bentuk moden

    Oleh Amri HTZ

     

    DUDUK bersantai sambil menikmati kopi atau membuat sesuatu pekerjaan setentunya memerlukan sebuah tempat duduk yang cantik, selesa dan berbentuk moden.

    Untuk memilikinya, anda boleh merekanya dengan mudah dengan peralatan dan barang-barang yang sesuai tanpa perlu membeli dengan harga yang mahal. Selain dijadikan tempat duduk, ia juga dapat menghiasi sebuah ruangan dengan kehadiran kerusi yang unik dan lain daripada kebiasaan.

    Barang-barang yang diperlukan

    Bagi mereka kerusi ini, barang-barang yang diperlukan sekeping papan lapis 4×8 kaki (ketebalan 3/4), skru khas kayu (kepanjangan 1 3/8’’) dan gam kayu. Manakala peralatan yang diperlukan bagi proses pembuatan ialah gerudi, mata gerudi, mesin pemotong, mesin jig-saw, pita pengukur, garisan T-square, pengetam kayu dan pensel.

    Langkah pembuatan

    Pada langkah pertama, sekeping papan lapis yang telah disediakan dengan ketebalan ¾ inci perlu dipotong dengan menggunakan mesin gergaji. Bagi anda yang tidak mempunyainya, gergaji tangan juga boleh digunakan dalam proses pemotongan ini. Ukur kayu yang telah disediakan dengan membuat potongan 13’’x 97 ‘’ ke atas papan lapis. Lebihan dari papan lapis ini akan digunakan lagi untuk kepingan kayu sokongan untuk kerusi anda pada langkah seterusnya.

    Kerusi yang diperbuat daripada papan lapis berbentuk moden.
    Kerusi yang diperbuat daripada papan lapis berbentuk moden.

    MPDIY LOGO

    Menebuk lubang untuk memudahkan mata mesin jigsaw memasukinya.
    Menebuk lubang untuk memudahkan mata mesin jigsaw memasukinya.
    Kepingan bahagian C yang telah dipotong bahagian dalamnya dijadikan tempat untuk merehatkan kaki.
    Kepingan bahagian C yang telah dipotong bahagian dalamnya dijadikan tempat untuk merehatkan kaki.

    Proses mencantumkan dengan menggunakan skru dan gam kayu.
    Proses mencantumkan dengan menggunakan skru dan gam kayu.

    Kepingan papan lapis 13×96’’ yang telah dipotong tadi perlu dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kepingan A (bahagian tempat duduk) 12’’x13’’, kepingan B (kaki belakang) 30’’ x13’’ dan kepingan C (kaki depan) 30.5’’x13’’. Sebelum membuat pemotongan, ukur papan lapis dan gariskan dengan menggunakan pensel.

    Pada langkah seterusnya membuat lubang di tengah kayu kepingan C dengan menggunakan mesin jig-saw. Tujuan utama membuat lubang ini adalah untuk dijadikan tempat meletakkan kaki ketika anda sedang duduk santai selain memberikan stail pada rekaan anda. Dalam langkah untuk memudahkan anda memotong bahagian dalaman kayu dengan menggunakan mesin jig-saw, tebuk satu lubang (dengan saiz yang sesuai dan mudah untuk mata mesin jig-saw memasukinya) di dalam kawasan yang bakal dipotong atau dibuang.

    Manakala untuk mereka bahagian D, potong kayu berukuran 4 7/16’’ x 7 9/16’’ x 8 ¾’’. Bahagian yang dipotong ini bakal dijadikan kayu sokongan kepada rangka asas agar kerusi yang bakal diduduki nanti tidak mudah goyah.

    Setelah kesemua bahagian dipotong dan disediakan, langkah seterusnya mencantumkan setiap bahagian untuk menjadikannya sebuah kerusi. Langkah yang mula-mula perlu diambil sebelum mencantumkan kesemua bahagian adalah dengan menggerudi lubang-lubang kecil pada bahagian tempat duduk dengan jarak kira-kira 2’’ di antara satu dengan lain pada bahagian cantuman sahaja. Apabila lubang-lubang telah digerudi, cantumkan kepingan A dan B dengan menyapukan gam kayu sebelum meletakkan skru pada setiap lubang yang telah digerudi. Lubang-lubang ini direka adalah untuk mengelakkan papan lapis daripada pecah atau merekah apabila dicantumkan menggunakan skru.

    Mencantumkan bahagian C untuk mengukuhkan rangka asas kerusi.
    Mencantumkan bahagian C untuk mengukuhkan rangka asas kerusi.
    Proses mengukur bahagian E.
    Proses mengukur bahagian E.
    Langkah yang sama dilakukan pada bahagian C.
    Langkah yang sama dilakukan pada bahagian C.
    Mencantumkan bahagian E dengan menggunakan skru pada setiap sudut percantuman.
    Mencantumkan bahagian E dengan menggunakan skru pada setiap sudut percantuman.
    Mengukuhkan bahagian cantuman C dengan menggunakan skru pada bahagian A.
    Mengukuhkan bahagian cantuman C dengan menggunakan skru pada bahagian A.
    Kerusi yang cantik dan selesa boleh digunakan untuk bersantai.
    Kerusi yang cantik dan selesa boleh digunakan untuk bersantai.

    Setelah mencantumkan bahagian A dan B, cantum bahagian C dan D dengan mendahulukan bahagian D. Pastikan anda mencantumkan dengan menggunakan gam kayu dan skru pada bahagian bawah tengah kepingan A. Kemudian cantumkan kepingan C dengan menggunakan skru pada bahagian sisi dan B.

    Untuk mereka bahagian E, pastikan kesemua bahagian telah dicantumkan dan dalam keadaan kukuh kerana potongan bahagian ini bukanlah pada kedudukan 90 darjah di kesemua sudut. Bagi mengukur bahagian ini adalah mudah.

    Pastikan salah satu sudut kayu pada papan lapis yang disediakan disandarkan pada bahagian B (pastikan kayu berada pada bahagian dalam) dan kemudian gariskan bahagian sudut condong kepingan E dengan menggunakan pensel. Potong kayu yang telah diukur dan cantumkan dengan menggunakan gam kayu dan skru untuk dijadikan kayu sokongan rangka untuk bahagian bawah.

    Untuk menghilangkan sudut-sudut kayu yang tajam atau tidak rata, pengetam kayu memainkan peranan yang penting di sini. Bagi anda yang tidak memilikinya, anda boleh menggunakan kertas pasir sebagai alternatif lain. Bagi anda yang menambah keunikan kerusi rekaan tersebut, anda boleh mewarnakannya dengan warna yang diminati. Setelah cat mengering, kerusi tersebut siap untuk digunakan!

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda