Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

Kerusi stadium kitar semula dipamerkan

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Pengubahsuaian Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini termasuk penggantian 30,113 kerusi stadium.

Sehubungan itu, sempena Minggu Perubahan Iklim, Pameran Kerusi Stadium Kitar Semula telah dipamerkan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kerusi-kerusi tersebut dicat oleh artis sukarelawan dan sebahagian lagi dikitar semula oleh tukang kayu tempatan yang berbakat.

Dalam temu bual dengan tukang kayu sukarelawan tempatan, Awang Bazli bin Tajudin, Awang Haziq bin Khalid dan Awang Haadi bin Razak dari Groove by Semanga, berkata bahawa mereka mengetahui projek itu melalui rakan yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami cuba membentuk projek kami menjadi sebuah bot terapung kecil dengan tempat duduk di atas sebagai memperingati gaya hidup Kampong Ayer,” kata Awang Bazli.

Sebahagian kerusi stadium kitar semula yang dipamerkan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah baru-baru ini. – Gambar Muiz Matdani

Ini adalah kali pertama ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam projek sedemikian di bawah Groove by Semanga. Mereka berkata projek itu adalah peluang yang baik untuk penduduk tempatan mempamerkan bakat atau karya seni mereka.

“Sekiranya terdapat sebarang kerjasama masa depan dengan tukang kayu lain atau peluang industri lain, saya harap ini membuka peluang kami untuk itu,” kata Awang Haziq.

Seorang lagi tukang kayu, Awang Mohamad Hadi bin Haji Mohamad Roslan dari Kucing Kayu berkata beliau mula mengusahakan reka bentuk dengan menelitinya di internet dan mencipta sesuatu yang orang boleh berehat dan berayun, dengan menggabungkan bahan seperti logam dan kayu bersama kerusi.

“Saya mahu menunjukkan bahawa pertukangan kayu tidak terhad kepada kayu sahaja,” kata Awang Mohamad Hadi. Beliau berharap melalui projek tersebut, orang ramai akan melihat bahawa barangan terpakai tidak semestinya perlu dibuang, sebaliknya digunakan dan dikitar semula menjadi sesuatu yang berguna.

“Sekiranya belia hari ini ingin meneruskan usaha melakukan sesuatu yang baharu dan berfaedah, mereka tidak seharusnya berputus asa separuh jalan,” tambahnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -