Kes aktif lebih 4,000

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Sebanyak 753 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan di Negara Brunei Darussalam hari ini iaitu 744 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan sembilan kes hasil daripada 321 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kes aktif pada ketika ini kepada 4,412 kes.

Satu kes kini sedang berada dalam kategori 4 dan satu lagi dalam kategori 5, sementara itu, satu kes telah disahkan meninggal dunia, menurut papan penyata Kementerian Kesihatan mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Brunei Darussalam.

Manakala itu, 469 kes telah sembuh, menjadikan angka kumulatif sembuh sebanyak 153,887 kes. Mengenai perkembangan vaksinasi COVID di negara ini, sebanyak 71.9 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos kedua vaksin.

Manakala sebanyak 72.4 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin setakat ini.

Ujian ART merekodkan 744 kes baharu COVID di negara ini.