Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kes alam sekitar perlu ditangani lebih tegas

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pelanggaran kes alam sekitar ditangani menerusi undang-undang yang lebih tegas.

    Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di sini hari ini, beliau yang mengambil contoh taman berkenaan berkata, sebelum ini kawasan hutan hujan itu dijaga dengan baik namun telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    “Untuk itu, undang-undang berkaitan alam sekitar perlu disegerakan, dalam usaha memastikan tiada pelanggaran kes yang boleh mendorong kepada kemusnahan alam sekitar.

    “Kita dah lama bercakap soal undang-undang alam sekitar…bagaimanapun saya tak dapat maklumat yang menyeluruh. Insya-Allah hari Rabu (dalam mesyuarat) Kabinet nanti, saya akan tekankan bahawa undang-undang alam sekitar ini perlu disegerakan, sebab kita tahu banyak pencerobohan dan sebagainya berlaku,”  katanya.

    Ismail Sabri berkata selain itu, rakyat juga diseru untuk terus menjaga alam sekitar memandangkan dunia kini mengalami perubahan iklim dan kesannya telah pun dapat dirasai.

    Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini juga boleh berlaku pada bila-bila masa, berikutan perubahan iklim yang dialami ketika ini.

    “Seperti saya sebut banjir tahun lepas misalnya, banjir yang tidak dijangka malah beberapa kawasan pun berlaku banjir walaupun dulunya tidak berlaku.

    Dulu kita boleh jangka Monsun Timur Laut akan berlaku pada bulan November, Disember dan Januari, tetapi sekarang ini berlaku bila-bila masa.

    “Di Kuala Lumpur, tiba-tiba berlaku banjir kilat. Ini menunjukkan perubahan iklim telah mula berlaku dan 10 tahun akan datang kita jangka lebih teruk lagi,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...