Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Kes anemia catat peningkatan

    DAR ES SALAAM, TANZANIA, 9 NOV – Pihak berkuasa kesihatan Tanzania pada Rabu menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan kes kanak-kanak yang dilahirkan dengan anemia sel sabit.

    Timbalan Menteri Kesihatan Godwin Mollel memaklumkan persidangan Parlimen di Dodoma, ibu negara Tanzania bahawa data terbaharu menunjukkan kawasan yang terdedah kepada malaria di negara itu mempunyai bilangan tertinggi kes penyakit genetik itu.

    Mollel menyenaraikan kawasan-kawasan dengan bilangan kes malaria yang tinggi antaranya Dar es Salaam, Coast, Mwanza, Tabora, Kigoma dan Mara.

    Menurut beliau dianggarkan seramai 11,000 orang kanak-kanak dilahirkan dengan anemia sel sabit pada setiap tahun di Tanzania.

    Beliau berkata Tanzania menduduki tempat kelima di dunia untuk kadar tertinggi penyakit itu, selepas Nigeria, Republik Demokratik Congo, India dan Angola, kata Xinhua.

    Mollel berkata kementerian itu menggalakkan mana-mana pasangan untuk menjalani ujian anemia sel sabit sebelum berkahwin.

    Beliau berkata, kerajaan telah memulakan kempen yang bertujuan menguji setiap bayi yang baru lahir untuk anemia sel sabit dalam usaha menilai sejauh mana magnitud penyakit itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...