Kes baharu COVID-19 di Malaysia kekal angka dua digit

KUALA LUMPUR, 28 JUN – Jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada angka dua digit apabila 18 kes positif wabak itu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara sebanyak 8,634 kes dengan kebolehjangkitan 195 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 18 kes itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

“Daripada 14 kes penularan dalam negara (pula), kesemua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes dalam kalangan warganegara Malaysia.

Sembilan adalah kes saringan ulangan bagi Kluster Pedas, Negeri Sembilan; dua kes saringan Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor; dua di Sabah iaitu satu kes saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu kes ‘Severe Respiratory Acute Infection’ (SARI) dari Klinik Kesihatan ke hospital, manakala satu kes di tapak pembinaan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan. – Bernama