Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kes baharu COVID-19 hampir 5,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Sebanyak 4,885 kes baharu telah dilaporkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini sekali gus membawa jumlah keseluruhan kepada 76,534 kes.

    Sementara itu, lapan kes yang telah disahkan positif COVID-19 pada masa ini berada dalam kategori 5 iaitu me-reka yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di unit rawatan intensif, manakala enam kes COVID-19 sekarang berada di dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Perkara itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Menteri Kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, 4,100 adalah hasil ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth manakala 785 adalah daripada hasil 4,400 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Sementara itu, 2,457 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 40,782 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 35,617 kes.

    Beliau turut mengongsikan mengenai kadar pengisian katil di seluruh negara atau bed occupancy rate pada masa ini iaitu sebanyak 9.8 peratus di mana 354 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan.

    ”Seramai 35,263 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah beliau.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat 2 Mac 2022, menurut Yang Berhormat Dato, bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 55.3 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini manakala kadar satu dos dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru kepada orang ramai untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar Negara Brunei Darussalam serta semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...