Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kes baharu COVID masih meningkat

    KUALA LUMPUR, 11 JULAI – Kes harian baharu COVID-19 meningkat sebanyak 27.9 peratus dalam tempoh 3 hingga 9 Julai lepas berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh itu adalah 21,355 kes berbanding 16,694 kes pada 26 Jun hingga 2 Julai.

    “Bilangan kes sembuh bagi 3 hingga 9 Julai turut meningkat sebanyak 14.6 peratus iaitu daripada 14,293 kes kepada 16,379 kes,” menurutnya dalam kenyataan mengenai situasi semasa COVID-19 hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan kumulatif kes baharu kini sebanyak 4,592,710 manakala kes sembuh pula ialah 4,521,579.

    Beliau berkata kes kematian juga menunjukkan peningkatan sebanyak 46.2 peratus iaitu daripada 26 kepada 38 kes pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian kini adalah 35,809.

    Menurut Dr Noor Hisham, purata kes aktif setiap hari bagi minggu lepas ialah 32,145 iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding minggu sebelumnya. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...