Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kes baharu COVID meningkat 518 kes

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kes baharu jangkitan COVID menunjukkan peningkatan dengan 518 kes dilaporkan pada hari ini, iaitu 513 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan lima kes hasil daripada 643 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 153,611 kes, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5 dan satu kes dalam kategori 4 manakala sebanyak 317 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes sembuh kepada 150,550 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 2,836 kes iaitu 23 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,813 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Oleh sebab semua pusat vaksinasi tidak beroperasi semalam, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa statistik terkini program vaksinasi kekal seperti yang dinyatakan dalam sidang media semalam iaitu jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun 83.9 peratus dan 67.5 peratus bagi dos kedua.

    Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang mendapat tiga dos vaksin kekal sebanyak 71.8 peratus.

    Sepertimana kenyataan Jawatankuasa Pandu COVID-19 mengenai pengemaskinian langkah-langkah pengawalan COVID-19 pada 9 Jun lalu, Yang Berhormat Dato berkata bahawa sidang media Kementerian Kesihatan yang diadakan setiap hari akan digantikan dengan sesi mingguan yang akan diadakan pada setiap Isnin bermula hari ini.

    “Oleh itu, dashboard maklumat mengenai situasi COVID akan dikeluarkan pada setiap hari di laman sesawang Kementerian Kesihatan atau mana-mana platform lain yang bersesuaian bagi terus memberikan maklumat terkini kepada orang ramai,” tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin hadir pada sidang media itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...