Kes baharu di Malaysia cecah 21,000

KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Malaysia hari ini merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215. 

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang memiliki kes tertinggi iaitu 6,278 diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052) dan Johor (1,706). – Bernama

Rakaman gambar sebuah papan layar yang menunjukkan laporan harian kes jangkitan wabak COVID-19 dengan jumlah kes baharu sebanyak 21,668 dicatatkan semalam iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara. – Bernama