Kes baharu di M’sia masih di paras 19,000

KUALA LUMPUR, 17 OGOS – Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara yang dilaporkan hari ini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan semalam, apabila 19,631 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitter bagaimanapun berkata, jumlah itu berkurangan sebanyak 109 kes jika dibandingkan dengan 19,740 kes yang dicatatkan semalam.

“Angka dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara kini 1,444,270 kes,” katanya. – Bernama