Kes baharu di M’sia menurun kepada 19,378

KUALA LUMPUR, 3 SEPT – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini menurun kepada 19,378 berbanding 20,988 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dalam laman Facebook dan Twitter berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,805,382 kes.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,613 kes, di ikuti Sarawak (2,464), Sabah (2,404), Johor (2,331), Pulau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389) dan Kelantan (1,356). – Bernama