Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Kes baharu di S’wak kembali dua digit

-

KUCHING, 29 NOV – Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila kembali mencatat angka dua digit hari ini dengan 98 kes, berbanding 158 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, hanya lima kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 93 kes lagi adalah individu yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kuching dengan 34 kes, diikuti Miri (17), Sibu (12) dan Lawas (10). Jumlah kumulatif kes di Sarawak juga kini 250,622,” menurut JPBN.

Selain itu, terdapat dua kes kematian baharu direkodkan di Sarawak hari ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -