Kes baharu kembali dua angka, sembuh 80 peratus

PUTRAJAYA, 5 JUN – Jumlah jangkitan kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini kembali turun kepada dua digit iaitu 19 kes dengan sembilan kes melibatkan warganegara Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian hari ini selepas 13 hari berturut-turut tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.

Dr Noor Hisham berkata daripada 19 kes baharu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara manakala sembilan kes membabitkan warganegara Malaysia.” – Bernama