Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kes baharu kini di bawah 300

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan sebanyak 269 kes baharu, menurun daripada jumlah lebih 300 kes dalam beberapa hari berturut-turut sebelum ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) mengongsikan jumlah kes baharu itu pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, hari ini.

    Daripada jumlah itu, 257 kes hasil ujian ART dan 12 kes adalah hasil dari 780 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 138,530 kes,” jelas beliau.

    Selain itu, dua kes dalam kategori 5 iaitu manakala dua kes lagi dalam kategori 4, yang memerlukan rawatan dan pemantauan rapi.

    Seramai 338 pesakit telah sembuh, membawa jumlah keseluruhan yang sembuh kepada 136,073. Kes aktif pula sebanyak 2,242 dengan 48 daripadanya dirawat di hospital dan 2,194 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Beliau turut menyeru orang ramai memohon keampunan dan hidayah daripada Allah SWT dan terus memanjatkan doa semoga Negara Brunei Darussalam diberikan keafiatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...