Kes baharu M’sia menurun 16,840

KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Kes baharu positif COVID-19 hari ini sedikit menurun dengan 16,840 setelah dua hari berturut-turut merekodkan angka melebihi 17,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,095,486.

Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,092 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,114 kes.

“Selain itu, Kedah merekodkan 1,281 kes; Johor (1,104);  Negeri Sembilan (1,079); Sabah (1,066); Perak (810); Pulau Pinang (689 ); Kelantan (656); Melaka (581); Pahang (540);  Sarawak (450); Terengganu (258) ,” katanya.

Putrajaya pula merekodkan kes sebanyak 100 diikuti Perlis (13), manakala Labuan (tujuh). – Bernama