Kes bawa lari kereta, budak didengar 2 Dis

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan kes berhubung seorang lelaki melarikan kereta dengan seorang budak lelaki berada di dalamnya.

Penangguhan itu dibuat Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim selepas Timbalan Pendakwa Raya, Atiyyah binti PD Haji Abas memohon lebih masa untuk menilai bahan bukti.

Muhammad Firdaus bin Mohammad Salleh, 24 tahun didakwa membahayakan nyawa orang lain apabila merempuh kereta yang dilarikannya itu beberapa kali pada pagar utama Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei dalam kejadian pada 2 November 2019 kira-kira jam 4:55 petang.

Tertuduh berdepan hukuman sehingga tiga tahun penjara dan juga denda jika disabitkan kesalahan.

Kes akan disebut pada 2 Disember 2019.