Kes berkurang, Melbourne jangka longgar sekatan

MELBOURNE, AUSTRALIA, 20 SEPT – Bandar kedua terbesar di Australia, Melbourne akan melonggarkan sekatan pergerakan (lockdown) selepas mencatatkan hanya 14 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini.

Ia adalah hari kedua berturut-turut jangkitan baharu di bawah angka 30, selepas hanya 21 jangkitan dilaporkan kelmarin, jumlah harian terendah sejak 19 Jun. Terdapat lima kematian direkodkan hari ini.

Sekatan pergerakan Melbourne dijangka dilonggarkan minggu depan apabila pusat jagaan kanak-kanak akan dibenarkan untuk dibuka semula dan perkumpulan sehingga lima orang daripada dua buah keluarga akan dibenarkan.

Namun ia bergantung pada tempoh 14 hari jika kes jangkitan baharu di bawah 50.

Kementerian Kesihatan kerajaan Victoria, Jenny Mikakos memuji penduduk kerana mematuhi peraturan sekatan pergerakan.

“Pengorbanan besar telah dibuat oleh penduduk Victoria telah menyelamatkan banyak nyawa. Kes baharu menunjukkan penurunan atas usaha anda,” kata Mikakos.

“Terima kasih kepada semua penduduk Victoria.

“Anda hebat, kita boleh melakukannya,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan penurunan dalam kadar pengangguran Australia kepada 9.3 peratus – turun 14 peratus poin dari kemuncaknya semasa pandemik – sebagai ‘penggalakan baik’. – AP