Kes bunuh diri di Jepun meningkat

TOKYO, 22 JAN – Jumlah kes bunuh diri di Jepun meningkat buat pertama kalinya dalam tempoh lebih sedekad pada tahun lalu, tatkala dunia dilanda pandemik COVID-19.

Data awal Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun, hari ini mendedahkan seramai 20,919 orang mati kerana membunuh diri pada tahun lalu.

Ia menyaksikan jumlah kes bunuh diri naik 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala sebanyak 3,460 kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19 pada tempoh sama.

Angka itu menandakan peningkatan kes bunuh diri pertama tahun ke tahun dalam tempoh lebih sedekad, yang mana wanita dan kanak-kanak menyumbang kadar lebih tinggi. – AFP