Kes bunuh ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Kes seorang lelaki yang berdepan pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditangguhkan Mahkamah Majistret, kelmarin.

Penangguhan kes Muhd Yusrin bin Mohd Yusof, 34, dibuat Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah yang mereka masih menunggu laporan perubatan dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan juga bahan bukti di tempat kejadian untuk dihantar ke Amerika Syarikat untuk dianalisa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 10 dan 11:55 malam pada 20 Disember 2018 di Perkhemahan Lumut, Batalion Ketiga.

Hukuman bagi kesalahan tertuduh memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan reman, dan kes akan disebut lagi pada 20 Mei 2019.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad.