Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Dua lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan di Kuala Lurah hari ini dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun oleh Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, bermula sejak tarikh hari pertama mereka direman selepas kedua-duanya mengaku bersalah.
Ketua Hakim Negara bersama Hakim Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli, telah mempertimbangkan pertanggungjawaban tertuduh dalam menjatuhkan hukuman dan turut melihat pengakuan bersalah serta merta oleh Yusree bin Haji Ya’akub @ Yakub, 38 dan Supariddin bin Haji Mat Jinin, 45 atas pertuduhan pembunuhan.
Kesimpulannya, dalam kes yang di-nyatakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abdul Ghani menyatakan bahawa kedua-duanya telah berkumpul dengan lelaki lain menuju ke Kuala Lurah sebagai pembalasan terhadap rakan mangsa bernama Haji Ismadi dan rakan-rakannya atas serangan terhadap dua anggota kumpulan mereka sendiri.
Menjelang tengah malam 11 Januari 2017, Supariddin dengan bersenjatakan pemukul besbol menaiki sebuah kereta bersama rakan-rakannya dan bertindak sebagai mata-mata untuk memberitahu kepulangan Haji Ismadi dari Limbang.
Sementara itu, Yusree dan rakan-rakannya yang bersenjatakan pisau, katana, pemukul besbol dan senjata lain pergi dengan menggunakan kereta lain dan berdiri di tepi jalan untuk menunggu kedatangan Haji Ismadi.
Haji Tuah yang turut bersubahat dalam pembunuhan berkenaan turut pulang dari Limbang dan membe- ritahu mereka bahawa dia telah melihat Haji Ismadi melintasi sempadan.
Kumpulan itu tidak menemukan Haji Ismadi seperti yang diharapkan, tetapi Haji Tuah telah melihat keretanya dipandu oleh mangsa, melalui pos kawalan Kuala Lurah menuju ke Bandar Seri Begawan.Haji Tuah lalu melaporkan kepada kumpulan itu dan mengatakan bahawa Haji Ismadi mungkin berada di dalam kereta bersama mangsa.
Namun Haji Tuah meninggalkan tempat kejadian sebelum serangan berlaku sementara itu, Supariddin dan rakan-rakannya masih tetap berada di sana.
Kumpulan bersenjata lebih 10 lelaki termasuk Yusree kemudian mula melakukan serangan dan membunuh mangsa.
Supariddin menghampiri kereta mangsa dan setelah mendapati bahawa Haji Ismadi tidak dapat ditemui, dia mula merosakkan kereta itu dengan menggunakan pemukul besbol yang dibawanya.
Peguam bela Ahmad Zakaria Mohammad mewakili Yusree, manakala Shazale Haji Mohd Salleh mewakili Supariddin.