Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes Bunuh: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa

    TAWAU, 13 MAC – Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama 5 Belian kerana kecewa dengan perbuatannya.

    Saksi pembelaan kelapan itu berkata kekecewaan tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa mencuri wang rakan lain, walaupun mereka bersahabat baik.

    “Saya kecewa,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh peguam Vivian Thien dalam perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol.

    Menerusi pernyataan saksinya, dia mengaku telah menumbuk bahagian belakang dan menendang paha Mohamad Nazmie Aizzat.

    Pada 28 Februari lepas, mahkamah memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lepas.

    Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ram Singh, remaja itu berkata selepas memukul Ijat, dia sempat meminta maaf kepada mangsa.

    Menjawab soalan peguam Kamarudin Mohmad Chinki, saksi itu berkata selepas dipukul dan ditendang, Mohamad Nazmie Aizzat masih kuat serta mampu berjalan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda